Ikuti Kami

FIVE BEST SKILL TRAINING CENTRE

Berilmu • Berusaha • Berinovasi • Beramal • Bertaqwa

Program Daftar Program
mengenai-five-best-skill-training-centre

Mengenai Five Best Skill Training Centre

Five Best Skill Training Centre Sdn Bhd (FBSTC) 726000-U atau lebih dikenali sebagai Five Best, ialah sebuah institusi kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kod Pusat L00701. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan merupakan institusi milik penuh bumiputera.

Bidang kursus perhotelan yang merangkumi penyediaan makanan (culinary) dan sajian makanan. Sijil kemahiran ini memberi laluan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi kepada pelajar yang berhasrat dalam bidang kemahiran.

Ahli Lembaga Pengarah

pengarah

Haji Azmi Bin Kassim

Pengarah Urusan

pengetua

Hajah Raja Foziah Binti Raja Ariffin

Pengetua

putri-aira-timbalan-pengetua

Putri Aira Binti Azmi

Timbalan Pengetua

ashraf

Muhammad Ashraf Bin Azmi

Pengurus Pembangunan Perniagaan

OBJEKTIF, VISI & MISI

OBJEKTIF

Menyedia dan memberi peluang latihan kemahiran kepada pelajar lepasan PT3 / SPM / SPMV / Tahfiz dalam bidang Hospitaliti secara amnya dan Program Penyediaan dan Pembuatan Makanan secara khususnya mengikut piawaian Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia bagi memenuhi keperluan industri.

VISI

Menjadi peneraju utama dalam bidang kemahiran yang berdaya maju dengan menawarkan teknologi terkini bagi memenuhi pelbagai keperluan serta kehendak pelatih dan juga industri.

MISI

Memberi perkhidmatan berkualiti, pelbagai bidang yang berintegrasi dan mempunyai “OUTSTANDING VALUE“.

FALSAFAH

BERILMU

Memiliki dan mempunyai pengetahuan atau kepandaian tentang sesuatu bidang.

BERUSAHA

Melakukan sesuatu dengan bekerja giat untuk mencapai sesuatu, berikhtiar dan berdaya upaya.

BERINOVASI

Sesuatu penemuan baru yang berbeza dari yang sudah ada atau yang sudah dikenali sebelumnya.

BERAMAL

Berbuat kebajikan, melakukan sesuatu yang baik, mengerjakan sesuatu yang telah difahami.

BERTAQWA

Melaksanakan semua perintah Allah S.W.T, menjauihi larangannya dan menjaga diri agar terhindar dari api neraka atau murka Allah S.W.T.